Berita

Majlis Penutupan Program Jom Fit 100 Hari

Previous Next

SEREMBAN 20 JANUARI - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berbesar hati di atas kesudian YB Dato' Dr Razali bin Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan hadir ke Majlis Penutupan Program Jom Fit 100 Hari yang berlangsung di Dewan Besar Pusat Dakwah Islamiah, Paroi. Turut mengiringi Yang Berbahagia, Dato' Mohd Zaidi bin Ramli selaku Pengarah JHEAINS dan juga Yang Berusaha, Dr Fatin Mahirah binti Mahamood, selaku Pengarah Hospital Rembau.

Program ini merupakan kolaborasi antara JHEAINS bersama dengan Hospital Daerah Rembau yang melibatkan seramai 41 orang peserta di bawah bimbingan fasilitator dan Coach Syahmi. Program ini dimulakan dengan sesi senamrobik dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang mengikut kategori. YB Dato' Dr Razali dalam ucapannya berharap agar setiap peserta terus beristiqamah mengamalkan cara hidup sihat dan mengamalkan segala ilmu dan teknik yang telah dipelajari dalam tempoh 100 hari yang lalu. Beliau turut mengucapkan jutaan tahniah kepada JHEAINS atas inisiatif kolaborasi bersama dengan Hospital Rembau. Beliau juga mengharapkan agar program iniu dapat dilaksanakan di agensi lain dengan hasrat untuk menjadikan penjawat awam lebih sihat, kompeten dan juga lebih efektif di masa akan datang.

#JHEAINS
#PemangkinUmmahSejahtera

Alt Text

Jalan Yam Tuan
70000 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-766 4100
Emel : korporat.jheains@ns.gov.my

Jumlah Pelawat

16765951
Today: 153
This Week: 590
This Month: 7,164

Penafian

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

DASAR PRIVASI & KESELAMATAN

Selamat Datang ke Portal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile
Multi Language [MY] | [EN]

Laporan Pendaftaran Perkhawinan, Penceraian dan Rujuk Di Negeri Sembilan Sitemap