š¦šš„šš ššš”, 10 Februari 2025 ā Penyerahan dan Pengisytiharan Solat di Masjid Al-Ikhlas, Taman Bukit Kepayang.
Majlis ini menandakan permulaan rasmi penggunaan masjid yang mampu menampung seramai 360 jemaah serta dilengkapi fasiliti yang baharu dan ruangan yang selesa buat jemaah.
Majlis ini telah Dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, bersama wakil-wakil masyarakat setempat. Dalam ucapan perasmiannya, menekankan kepentingan masjid sebagai pusat ibadah dan penyatuan komuniti.
Bagi Pengisytiharan Solat telah disempurnakan oleh Al Fadil Sahibus Samahah Prof. Madya Dato Dr. Faudzinaim Bin Badaruddin, Mufti Kerajaan Negeri Negeri Sembilan Darul Khusus.
Dengan kemudahan moden serta ruang solat yang selesa, Masjid Al-Ikhlas diharapkan dapat menjadi pusat aktiviti keagamaan dan sosial yang bermanfaat kepada ahli kariah dan penduduk setempat.
