Berita
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MENAIKTARAF SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN SMA ULU JEMPOL
KUALA PILAH, 16 Disember 2024 - YAB Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan menyaksikan Majlis Penyerahan Projek Siap Kerja Menaiktaraf Kemudahan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) untuk Sekolah Menengah Agama Ulu Jempol Kuala Pilah di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).
YAB Dato' Seri Utama telah menyaksikan majlis tandatangan dan penyerahan dokumen siap kerja diantara Pengarah JHEAINS Tuan Mohd Asri Abdullah kepada Tuan Mohd Radhi Ab Rahman Pengetua SMA Ulu Jempol.
Turut hadir penyerahan tersebut YB Dato' Mohd Zafir Ibrahim Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, ADUN Kawasan Juasseh, Pegawai Daerah Kuala Pilah serta Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah.