Berita

Previous Next

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBANGUNAN MASJID KARIAH ULU BERANANG

 
š—Ÿš—˜š—”š—šš—šš—˜š—”š—š,10 Februari 2026 – Majlis Penyerahan Projek Pembangunan Masjid Kariah Ulu Beranang telah berlangsung dengan lancar dan penuh tertib di Masjid Kariah Ulu Beranang, Lenggeng dengan kehadiran tetamu kehormat, YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.
 
Kemuncak majlis menyaksikan sesi rasmi penyerahan projek melalui menandatangani dokumen oleh Jurutera Daerah JKR Seremban kepada YBhg. Dato’ Mohd Asri bin Abdullah, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Majlis turut disusuli dengan penyerahan replika kunci oleh YBhg. Dato’ Ir. Wan Hasnan bin Wan Musa, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan kepada pihak JHEAINS sebagai simbolik penyerahan bangunan masjid.
 
Majlis ini turut menyaksikan penyampaian sumbangan dana awal pengoperasian masjid daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Program kemudiannya diakhiri dengan sesi lawatan tapak serta sesi bergambar sebagai kenangan bersejarah bagi semua pihak yang terlibat.
Pembukaan semula Masjid Kariah Ulu Beranang diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada usaha pengimarahan masjid secara berterusan, di samping memperkukuh ukhuwah dan menyemarakkan syiar Islam dalam kalangan masyarakat setempat.
Alt Text

Jalan Yam Tuan
70000 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-766 4100
Emel : korporat.jheains@ns.gov.my

Jumlah Pelawat

16765989
Today: 191
This Week: 628
This Month: 7,202

Penafian

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

DASAR PRIVASI & KESELAMATAN

Selamat Datang ke Portal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile
Multi Language [MY] | [EN]

Laporan Pendaftaran Perkhawinan, Penceraian dan Rujuk Di Negeri Sembilan Sitemap