Berita

Majlis Santuni Masyarakat Orang Asli Kg. Kolam Air Pantai, Serembanpantai

  • Tahun: 2023
Previous Next

Seremban 19 Mac - Telah berlangsung Majlis Santuni Masyarakat Orang Asli Kampung Kolam Air Pantai yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Persatuan Wanita Islam Prihatin (PWIP). Antara tujuan program tersebut adalah menyantuni masyarakat orang asli dengan semangat muhibah dan kasih sayang.

Aktiviti bermula pada hari Jumaat 18/3/2022 dengan acara merewang, membakar lemang bersama masyarakat orang asli. Dan pada hari Sabtu 19/3/2022 antara aktiviti ialah senamrobik, kumpul gula-gula, timbang bola takraw, memanah, bowling padang dan cabutan bertuah.

Majlis penutup dirasmikan oleh Pengarah JHEAINS, YBhg Dato' Mohd Zaidi Ramli. Turut sama dalam program ini KPPA Bahagian Penguatkuasaan Nik Azlan Bin Nik Man, KPP Bahagian Dakwah Ridzuan Bin Awang, Presiden PWIP Mashita Abdul Rahim, Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Khairul Bariah Binti Mohd Mahfuz, Tok Batin Kg Kolam Air Batin Ali bin Gongok, Pengerusi JPKK Kampung Kolam Air Ramli bin Jang serta Barisan exco PWIP. Pegawai dan kakitangan Bahagian Penguatkuasaan dn Dakwah serta penyelaras dan penggerak masyarakat orang asli Negeri Sembilan.

Ribuan terima kasih kepada semua urusetia, masyarakat orang asli, serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Diharapkan agar program ini akan membina dan merapatkan ukhuwah antara masyarakat orang asli dan JHEAINS, PWIP serta JAKOA.

Alt Text

Jalan Yam Tuan
70000 Seremban, Negeri Sembilan

Tel : 606-766 4100
Faks : 606-766 4201

korporat[dot]jheains[at]ns[dot]gov[dot]my

Jumlah Pelawat

16561006
Today: 61
This Week: 983
This Month: 5,913

Penafian

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

Login

Selamat Datang ke Portal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile

Laporan Pendaftaran Perkhawinan, Penceraian dan Rujuk Di Negeri Sembilan