Berita
Pemantauan Bersepadu Pematuhan Sop Masjid Dan Surau
SEREMBAN, 9 Feb 2021 – Operasi Pemantauan Bersepadu telah dilaksanakan bersama agensi penguatkuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bagi membuat pemantauan pematuhan SOP di premis perniagaan, masjid dan surau.
Pemantauan dilaksanakan bagi memastikan orang ramai mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa dan pemeriksaan kesalahan yang berlaku dibawah bidang kuasa agensi masing-masing.
Dibawah bidang kuasa JHEAINS, 3 buah masjid dan surau (Masjid Kariah Pekan Nilai, Surau Ar Rahman, Cempaka Puri dan Surau Al Hidayah, Taman Desa Kolej) telah dibuat pemantauan. Tiada sebarang pelanggaran SOP Pengimarahan Masjid dan Surau yang berlaku.
Terdapat berita tular yang menyatakan pihak berkuasa mengadakan serbuan, mengepung masjid dan surau dan mengeluarkan kompaun adalah satu berita yang tidak benar.
Diharapkan dengan pemantauan berterusan ini, jemaah dapat menjalankan ibadah dengan selesa dan terus memakmurkan rumah Allah dan seterusnya sama-sama mendoakan kesentosaan negeri ini khususnya dan negara ini amnya dari pandemik wabak Covid 19.
#PemangkinUmmahSejahtera
#JHEAINS
#berintegritiberhemahbertaqwa
#pkuasaanjheains