Berita

Pemantauan Pematuhan SOP Masjid Dan Surau Bersama Pengarah JHEAINS

  • Tahun: 2023
Previous Next

SEREMBAN, 29 Januari 2021 | Sebanyak 2 buah masjid dan 2 buah surau telah dikunjungi oleh Pengarah JHEAINS YBhg Dato’ Mohd Zaidi Ramli bagi melihat sendiri pematuhan SOP pihak masjid dan surau serta jemaah yang hadir untuk mendirikan solat Maghrib dan Isyak.

Dikesempatan ini, beliau mengingatkan ahli jawatankuasa dan jemaah masjid agar terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan mendoakan agar negara dan negeri ini bebas dari wabak Covid-19 dan kita semua dapat melaksanakan ibadah seperti sedia kala. Beliau turut berpesan agar semua masjid dan surau melazimi aktiviti solat sunat taubat, hajat dan zikir seperti pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak JHEAINS di antara waktu solat Maghrib dan Isyak sekiranya tiada sebarang aktiviti kuliah agama atau kelas takmir.

Turut sama mengiringi beliau, KPP Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS - Nik Azlan Bin Nik Man, Us. Dr. Amru Alhaz bin Adnan, Pegawai Agama Islam Daerah Seremban dan Penolong Pengarah Kanan Bhg. Pengurusan Masjid dan Surau JHEAINS, Us. Mizzuan bin Jafilus.

Sebelum itu beliau turut menghadiri taklimat berkaitan yang di sampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan, Unit Operasi, Bhg. Penguatkuasaan JHEAINS, Hj. Ahmad Zaki bin Hj. Hamzah.

Antara masjid dan surau yang dikunjungi adalah Masjid Qariah Kg. Bemban, Masjid Jamek Dato' Bandar Hj. Ahmad Rasah, Surau Al-Hidayah Taman Mutiara Galla dan Surau Al-Muqarrabin Kg. Mambau.

Selain Pegawai Penguatkuasa Agama, turut serta dalam pemeriksaan ini ialah pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JHEAINS.

#PemangkinUmmahSejahtera
#JHEAINS
#berintegritiberhemahbertaqwa
#pkuasaanjheains

 

Alt Text

Jalan Yam Tuan
70000 Seremban, Negeri Sembilan

Tel : 606-766 4100
Faks : 606-766 4201

korporat[dot]jheains[at]ns[dot]gov[dot]my

Jumlah Pelawat

16560988
Today: 43
This Week: 965
This Month: 5,895

Penafian

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

Login

Selamat Datang ke Portal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile

Laporan Pendaftaran Perkhawinan, Penceraian dan Rujuk Di Negeri Sembilan