Berita

Previous Next

PENGUKUHAN TADBIR URUS INSTITUSI TAHFIZ DIPERKASA MELALUI KERJASAMA STRATEGIK JHEAINS-PINTA

LENGGENG, 22 OKTOBER 2026 – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Institusi Tahfiz Negeri Sembilan (PINTA) Kali Ke-9 yang berlangsung pada jam 10.00 pagi di Pusat Islam, Perkampungan Al-Hijrah, Jalan Pantai, Lenggeng. Turut hadir ialah Ustaz Mohamad Abdullah bin Mohammad Amir, Pemangku Pengerusi Persatuan PINTA Negeri Sembilan. Majlis ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan strategik antara JHEAINS dengan PINTA dalam memartabatkan institusi tahfiz serta pembangunan pendidikan Islam di Negeri Sembilan.
 
Dalam ucapan, Ustaz Amiza Khusyri bin Yusof, Ketua Penolong Pengarah Kanan yang menjalankan tugas Pengarah JHEAINS, menegaskan bahawa pembangunan institusi tahfiz perlu seiring dengan pematuhan undang-undang, pengurusan cekap, keselamatan dan kebajikan pelajar serta peningkatan kualiti pendidikan. Kerjasama strategik PINTA penting dalam penyelarasan maklumat, pematuhan pendaftaran dan pembangunan kompetensi tenaga pengajar bagi melahirkan generasi huffaz yang cemerlang dalam hafazan, beradab dan berakhlak mulia.
 
Pengukuhan ekosistem pendidikan tahfiz turut menyokong Agenda Transformasi JHEAINS (TRAJU) melalui pembudayaan nilai JUARA, pengukuhan tadbir urus dan peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan. Kerjasama ini diharap dapat mewujudkan pengurusan lebih tersusun, pendidikan berkualiti serta melahirkan generasi huffaz berilmu, berakhlak dan mampu menyumbang kepada kesejahteraan ummah.
Alt Text

Jalan Yam Tuan
70000 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-766 4100
Emel : korporat.jheains@ns.gov.my

Jumlah Pelawat

16792632
Today: 245
This Week: 1,930
This Month: 6,985

Penafian

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

DASAR PRIVASI & KESELAMATAN

Selamat Datang ke Portal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile
Multi Language [MY] | [EN]

Laporan Pendaftaran Perkhawinan, Penceraian dan Rujuk Di Negeri Sembilan Sitemap