Berita

Previous Next

PERHIMPUNAN BULANAN & MAJLIS HARI RAYA

GEMENCHEH, 17 April 2025Telah berlangsung Perhimpunan Bulanan JHEAINS Bil 2/2025 disertai lebih kurang 400 orang terdiri daripada pegawai kanan, kakitangan JHEAINS dan pelajar STAM Maahad Ahmadi Negeri Sembilan. YBrs Tuan Mohd Asri Bin Abdullah, Pengarah JHEAINS dalam perhimpunan bulanan menyeru supaya semua warga JHEAINS agar terus komited dan kekalkan komitmen dalam bekerja. "Gemilang Untuk Ummah" itulah ungkapan Pengarah JHEAINS untuk memacu pengurusan hal ehwal agama Islam demi mencapai visi jabatan iaitu "Pemangkin Ummah Sejahtera".
 
Perhimpunan kali ini, turut meraikan pegawai yang bertukar keluar dan masuk dalam jabatan dan hasrat beliau adalah semua warga kerja terus konsisten bekerja dengan penuh integriti dan professional bagi memperkasakan syiar Islam di Negeri Sembilan. Sekalung tahniah juga diucapkan dan penghargaan kepada peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Berasrama Penuh Maahad Ahmadi Negeri Sembilan (SABP MANS) di atas kejayaan sempena Program Japan-East Asia Network Of Exchange For Students And Youths 2025 di Japan dan Program Global English Language Olympaid of Southeast Asia (GELOSEA Competition) di Korea.
Alt Text

Jalan Yam Tuan
70000 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-766 4100
Emel : korporat.jheains@ns.gov.my

Jumlah Pelawat

16765951
Today: 153
This Week: 590
This Month: 7,164

Penafian

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

DASAR PRIVASI & KESELAMATAN

Selamat Datang ke Portal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile
Multi Language [MY] | [EN]

Laporan Pendaftaran Perkhawinan, Penceraian dan Rujuk Di Negeri Sembilan Sitemap