Berita

Previous Next

PERHIMPUNAN JHEAINS BIL 1/2025

𝐒𝐄𝐑𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍, 13 Februari 2025 - Perhimpunan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan selesai dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Dewan Besar Pusat Dakwah Islamiah, Paroi hari ini.
 
YBrs. Tuan Mohd Asri bin Abdullah, Pengarah JHEAINS dalam amanatnya menekankan kepada semua pegawai dan kakitangan jabatan agar menerapkan Nilai Qawwam dalam pelaksanaan kerja. Nilai ini memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan setiap individu menjalankan tugas mereka dengan penuh kejujuran, berintegriti serta komited dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat.
 
YBrs. Pengarah juga berharap agar kejayaan dan kecemerlangan yang telah dicapai dalam tempoh 5 tahun ini menjadi tanggungjawab kepada seluruh warga kerja dalam mengekalkan dan meneruskan kegemilangan sejajar dengan 6 objektif strategik jabatan.
 
Antara agenda utama perhimpunan kali ini adalah Pelancaran Pelan Strategik Jabatan bagi tahun 2025-2027 bertemakan 𝘎𝘌𝘔𝘐𝘓𝘈𝘕𝘎 𝘜𝘕𝘛𝘜𝘒 𝘜𝘔𝘔𝘈𝘏, diikuti dengan simbolik pelancaran Instrumen Naziran Sekolah Islam Negeri Sembilan (INSiS) serta Modul Keterampilan Murid Sekolah Islam Negeri Sembilan (KeMSINS).
 
Majlis diakhiri dengan penyampaian Anugerah Pekerja Contoh bagi bulan Januari 2025, tahniah diucapkan kepada penerima anugerah.
 
Semoga warga kerja JHEAINS terus komited untuk mendokong moto jabatan 𝘎𝘌𝘔𝘐𝘓𝘈𝘕𝘎 𝘜𝘕𝘛𝘜𝘒 𝘜𝘔𝘔𝘈𝘏 kemudian mencapai visi 𝘗𝘌𝘔𝘈𝘕𝘎𝘒𝘐𝘕 𝘜𝘔𝘔𝘈𝘏 𝘚𝘌𝘑𝘈𝘏𝘛𝘌𝘙𝘈.
Alt Text

Jalan Yam Tuan
70000 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-766 4100
Emel : korporat.jheains@ns.gov.my

Jumlah Pelawat

16782190
Today: 324
This Week: 1,597
This Month: 4,988

Penafian

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

DASAR PRIVASI & KESELAMATAN

Selamat Datang ke Portal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile
Multi Language [MY] | [EN]

Laporan Pendaftaran Perkhawinan, Penceraian dan Rujuk Di Negeri Sembilan Sitemap