π¦ππ₯ππ πππ‘, 6 Mac 2026 β Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) hari ini menerima kunjungan hormat daripada YB Dato' Muzalmah binti Mustapha Kamal, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan di Pejabat Pengarah JHEAINS. Pertemuan strategik ini menghimpunkan Datoβ Pengarah JHEAINS bersama kepimpinan kanan Bahagian Pendidikan jabatan, Pegawai Undang-Undang Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) serta pegawai dari Pejabat Undang-Undang Negeri Sembilan bagi memperkukuh kerjasama dalam memperkasa tadbir urus pendidikan Islam di negeri ini.
