𝐏𝐎𝐑𝐓 𝐃𝐈𝐂𝐊𝐒𝐎𝐍, 24 Jun 2026 – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah menganjurkan Persidangan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Negeri Sembilan Kali Ke-16 Tahun 2026 pada 23 - 24 Jun 2026 di Hotel Klana Beach Resort, Port Dickson.
Persidangan yang dipengerusikan oleh Dato' Mohd Asri bin Abdullah, Pengarah JHEAINS ini menghimpunkan seramai 9 orang Pendaftar dan 15 orang Timbalan Pendaftar yang bertanggungjawab mengendalikan urusan Nikah, Cerai dan Ruju' (NCR) di seluruh Negeri Sembilan.
Penganjuran persidangan ini bertujuan memperkukuh penyelarasan pengurusan NCR di samping menjadi platform perbincangan bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat. Beberapa kertas cadangan telah dibentangkan untuk penelitian dan pertimbangan selain membincangkan isu-isu semasa serta cadangan penambahbaikan berkaitan pengurusan NCR.
Persidangan ini diharapkan dapat memperkukuh kerjasama dan komitmen semua pihak dalam memastikan urusan NCR di Negeri Sembilan dilaksanakan secara lebih sistematik, cekap dan berintegriti demi kesejahteraan ummah.
