𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀, 4 NOVEMBER 2026 – Persidangan Pengurusan Masjid, Surau dan Tanah Perkuburan Islam Negeri Sembilan Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari satu malam bertempat di Puteri Bay Hotel, Melaka.
Persidangan yang dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) ini menghimpunkan Imam Besar, Pegawai Agama Islam Daerah, pegawai-pegawai kanan serta pegawai daripada kumpulan pelaksana bagi membincangkan secara menyeluruh isu, cabaran dan hala tuju pengurusan masjid, surau serta tanah perkuburan Islam di Negeri Sembilan.
Persidangan ini bukan sekadar menjadi medan perbincangan, malah berperanan sebagai platform strategik untuk menyelaras pemikiran, memperkukuh kesepakatan dan membina kefahaman bersama dalam menangani pelbagai cabaran pengurusan di lapangan. Para peserta telah mencapai kesepakatan dalam mengenal pasti penyelesaian serta langkah penambahbaikan bagi setiap isu yang dibangkitkan.
