Berita

Pertandingan Inovasi JHEAINS Tahun 2021

  • Tahun: 2023
Previous Next

SEREMBAN 07 DISEMBER - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah mengadakan Pertandingan Inovasi Bagi Tahun 2021 yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Dato' Mohd Zaidi bin Ramli selaku Pengarah JHEAINS. Pertandingan ini telah berlangsung di Dewan Besar, Pusat Dakwah Islamiah Paroi.

Pertandingan ini telah disertai seramai 14 buah pasukan yang daripada Bahagian dan JHEAINS daerah. Percambahan idea yang kreatif dan lebih kritis merupakan objektif utama penganjuran Pertandingan Inovasi JHEAINS diadakan. Yang Berbahagia, Dato' Mohd Zaidi bin Ramli dalam ucapannya merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah diatas komitmen para peserta dalam menghasilkan projek baru yang berkualiti. Sekalung ucapan tahniah juga buat para pemenang iaitu daripada Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Dakwah dan JHEAINS Jempol.

Menurut Pengarah JHEAINS dalam ucapan beliau ketika Majlis Perasmian semalam, JHEAINS akan meneruskan lagi pertandingan ini pada masa yang akan datang bagi melahirkan idea-idea baru yang lebih kreatif disamping membantu dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian perkhidmatan selaras dengan visi dan misi JHEAINS iaitu pemangkin ummah sejahtera. JHEAINS juga mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama kepada pihak IPGKRM selaku panel juri dalam Pertandingan Inovasi Bagi Tahun 2021.

#JHEAINS
#PemangkinUmmahSejahtera

Alt Text

Jalan Yam Tuan
70000 Seremban, Negeri Sembilan

Tel : 606-766 4100
Faks : 606-766 4201

korporat[dot]jheains[at]ns[dot]gov[dot]my

Jumlah Pelawat

16561002
Today: 57
This Week: 979
This Month: 5,909

Penafian

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

Login

Selamat Datang ke Portal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile

Laporan Pendaftaran Perkhawinan, Penceraian dan Rujuk Di Negeri Sembilan