Berita

Program I-Talk: ''Wanita Anda Sihat?''

  • Tahun: 2023
Previous Next

SEREMBAN 08 DISEMBER - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dengan kerjasama PUSPANITA telah mengadakan program bual bicara berjudul Program I-Talk: ''Wanita Anda Sihat''. Program ini adalah inisiatif kolaborasi antara JHEAINS dengan PUSPANITA Cawangan Negeri Sembilan yang telah berjaya mendapat penyertaan seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada agensi kerajaan. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Datin Wan Rahimah binti Wan Daud selaku Pengerusi Biro Agama Puspanita. Program ini telah berlangsung di Dewan Besar, Pusat Dakwah Islamiah Paroi.

Program ini disampaikan oleh Dr. Jamali Wagiman selaku Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Columbia Seremban. Yang Berbahagia, Datin Wan Rahimah binti Wan Daud didalam ucapannya mengucapkan syabas kepada pihak penganjur diatas keprihatinan dalam membentuk kesedaran umum mengenai kesihatan, khususnya dalam kalangan kaum wanita.

Menurut beliau didalam ucapannya, JHEAINS perlu meneruskan lagi program ini pada masa hadapan kerana pengetahuan mengenai pentingnya kesihatan perlu disampaikan secara menyeluruh bagi membolehkan semua lapisan masyarakat terutamanya golongan wanita mendapat kefahaman mengenai amalan gaya hidup yang sihat. JHEAINS juga mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan kepada pihak PUSPANITA Cawangan Negeri Sembilan.

#JHEAINS
#PemangkinUmmahSejahtera

Alt Text

Jalan Yam Tuan
70000 Seremban, Negeri Sembilan

Tel : 606-766 4100
Faks : 606-766 4201

korporat[dot]jheains[at]ns[dot]gov[dot]my

Jumlah Pelawat

16560994
Today: 49
This Week: 971
This Month: 5,901

Penafian

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

Login

Selamat Datang ke Portal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile

Laporan Pendaftaran Perkhawinan, Penceraian dan Rujuk Di Negeri Sembilan