Berita

Program Sahsiah Terbina Akhlak Perkasa

  • Tahun: 2023
Previous Next

Port Dickson, 21Julai 2022- Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) bersama-sama unit kaunseling MAINS daerah Port Dickson dengan kerjasama Unit Psikologi Dan Kerjaya Kolej Vokasional Port Dickson telah menganjurkan Program "Sahsiah Terbina Akhlak Perkasa" yang berlangsung daripada jam 08.00 pagi sehingga jam 01.00 petang di Dewan Sri Gemilang Kolej Vokasional Port Dickson. Program yang memberi impak sangat jelas kepada pelajar KVPD dimana memberi kesedaran betapa pentingnya menjana akhlak yang terpuji selari dengan sahsiah yang ditonjolkan di dalam kehidupan seharian. Bertepatan dengan keadaan semasa yang amat mencabar.

Program ini dimulakan dengan perkongsian daripada Encik Syafiq Sakri @ bro Syafiq daripada unit kaunseling MAINS Port Dickson dengan tajuk membentuk remaja berkualiti, pelajar KVPD begitu terkesan sekali dengan penyampaian bro Syafiq dan berazam menjadi remaja yang akan memangkin kesejahteraan agama bangsa dan negara.
Seterusnya Pelajar KVPD diberi pendedahan berkenaan kesalahan jenayah syariah berpandukan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Zakuan Bin Yusuf, Ketua Unit Penguatkuasaan.

JHEAINS PORT DICKSON. Perkongsian ini amat berguna kepada pelajar KVPD untuk dijadikan panduan serta sempadan agar sentiasa berwaspada di dalam kehidupan seharian.
Semoga dengan adanya program ini pelajar-pelajar KVPD khususnya dapat membina sahsiah dan memperkasakan akhlak diri.

#JHEAINS
#PemangkinUmmahSejahtera
#BekerjaUntukAgama

Alt Text

Jalan Yam Tuan
70000 Seremban, Negeri Sembilan

Tel : 606-766 4100
Faks : 606-766 4201

korporat[dot]jheains[at]ns[dot]gov[dot]my

Jumlah Pelawat

16560182
Today: 159
This Week: 159
This Month: 5,089

Penafian

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

Login

Selamat Datang ke Portal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile

Laporan Pendaftaran Perkhawinan, Penceraian dan Rujuk Di Negeri Sembilan