Berita
Program School Tour: Do And Don’t di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Mohd Redza
SEREMBAN, 5 OGOS 2020 – Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS telah mengadakan Program School Tour: Do And Don’t di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Mohd Redza. Program tersebut melibatkan semua pelajar dari kelas peralihan sehingga tingkatan 5.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dan golongan remaja tentang kesalahan-kesalahan jenayah Syariah khususnya yang melibatkan golongan remaja. Antara aktiviti yang dijalankan adalah taklimat jenayah Syariah, nasihat, kata-kata semangat dan pertandingan bercorak kuiz, soal jawab dan teka silang kata.
Disebabkan musim wabak Pandemik Covid-19 sekarang, program dijalankan di dalam kelas dengan kehadiran guru dan mengikut SOP yang ditetapkan. Dengan anggota penguatkuasa seramai lebih kurang 40 orang, sebanyak 38 kelas untuk 3 sesi telah dijalankan. Turut memberi kerjasama dalam program ini dari Bahagian Dakwah untuk memberi penerangan dwi Bahasa di kelas peralihan.
Pihak sekolah memberikan sepenuh komitmen sepanjang program ini berjalan dan mereka berharap agar program ini dapat diteruskan lagi dari semasa ke semasa.