Berita

Previous Next

PROJEK KIK HYBRID PERTAMA JHEAINS: MOU MYMAQBARAH ICMS DIMETERAI BERSAMA PLANMALAYSIA@NS

𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐀 𝐊𝐈𝐊 𝐇𝐲𝐛𝐫𝐒𝐝 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 π‰π‡π„π€πˆππ’: πŒπ¨π” 𝐌𝐲𝐌𝐚πͺπ›πšπ«πšπ‘ πˆπ‚πŒπ’ πƒπ’π¦πžπ­πžπ«πšπ’ 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 ππ‹π€ππŒπšπ₯𝐚𝐲𝐬𝐒𝐚@𝐍𝐒
 
𝐏𝐨𝐫𝐭 πƒπ’πœπ€π¬π¨π§, 𝟐𝟏 𝐌𝐞𝐒 πŸπŸŽπŸπŸ“β€“ Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) melakar sejarah apabila menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama PLANMalaysia@Negeri Sembilan bagi Projek MyMaqbarah - Islamic Cemetery Management System (ICMS), yang merupakan inisiatif Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Hybrid pertama oleh JHEAINS.
 
Majlis menandatangani MoU yang berlangsung di The Guest Hotel, Lukut ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mohd Asri bin Abdullah, Pengarah JHEAINS, dan YBrs. Tuan Zaifulzahri bin Kamde, Pengarah PLANMalaysia@NS.
 
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Tuan Fadhli bin Yutiman, Pegawai Agama Islam Daerah Port Dickson, bersama barisan pegawai kanan dari kedua-dua jabatan.
 
Projek MyMaqbarah ICMS merupakan satu inovasi sistem maklumat bersepadu berkaitan tanah perkuburan Islam di Negeri Sembilan. Kolaborasi ini dijangka memberi impak besar dalam memperkasakan pengurusan tanah perkuburan secara lebih sistematik, cekap dan berpusat melalui integrasi teknologi maklumat dan perancangan spatial.
 
Kerjasama strategik antara JHEAINS dan PLANMalaysia@NS ini turut membuka ruang penyelarasan data yang lebih berkesan antara agensi perancang bandar dan jabatan agama, seterusnya menyokong agenda pembangunan negeri yang mampan, inklusif dan berpaksikan teknologi.
Alt Text

Jalan Yam Tuan
70000 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-766 4100
Emel : korporat.jheains@ns.gov.my

Jumlah Pelawat

16645860
Today: 71
This Week: 2,313
This Month: 7,811

Penafian

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

Login

{loadmoduleid ? string:? string:? string:? string:? string:16 ? ? ? ? ?}

Selamat Datang ke Portal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile
Multi Language [MY] | [EN]

Laporan Pendaftaran Perkhawinan, Penceraian dan Rujuk Di Negeri Sembilan Sitemap