𝐒𝐄𝐑𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍, 22 Oktober 2026 – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah menganjurkan Seminar Keluarga Power, Hidup Luar Biasa! bertempat di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, dengan kehadiran peserta yang mencecah hampir 500 orang.
Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Amiza Khusyri bin Yusof, Ketua Penolong Pengarah Kanan yang menjalankan tugas Pengarah JHEAINS.
Penganjuran seminar ini bertujuan memperkukuh institusi kekeluargaan Islam melalui penghayatan nilai kerohanian, pemantapan hubungan suami isteri serta peningkatan kemahiran mengurus emosi dan konflik rumah tangga.
Seminar ini mengetengahkan tiga pengisian utama yang memberi penekanan kepada kekuatan rohani sebagai asas kebahagiaan rumah tangga, pengurusan konflik dan emosi secara berhikmah serta penerapan nilai al-Quran dalam membentuk keluarga yang harmoni dan berdaya tahan.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan JHEAINS dalam memperkasakan institusi keluarga Islam melalui pendekatan pendidikan, kesedaran dan pengukuhan nilai kekeluargaan demi kesejahteraan masyarakat.
