π£π’π₯π§ πππππ¦π’π‘, 13 Julai 2026 - "ππ°πΆπ―π₯ ππ’π£ππ¦ ππͺπ΄π€πΆπ΄π΄πͺπ°π―" (RTD) Pasca Permohonan Keluar Islam Ditolak telah berlangsung pada 12 hingga 13 Julai 2026, menghimpunkan ketua-ketua jabatan agensi agama Islam Negeri Sembilan bagi memperkukuh kerjasama dan menyelaras tindakan susulan terhadap kes-kes permohonan keluar Islam yang telah ditolak oleh Mahkamah Syariah.
Β
RTD ini dipengerusikan oleh Dato' Mohd Asri bin Abdullah, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Turut hadir ialah YB Sohibus Samahah Dato' Dr. Faudzinaim bin Badaruddin, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Tuan Haji Zainal bin Said, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), YAA Dato' Kamal Bashah bin Ahmad Tajuddin, Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan serta Tuan Haji Salehan bin Haji Yatim, Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan.
Β
RTD ini fokus membincangkan usaha memperkukuh mekanisme pemantauan, bimbingan, pemulihan serta pengukuhan akidah melalui pendekatan yang lebih bersepadu. RTD ini turut menghasilkan beberapa resolusi sebagai panduan pelaksanaan tindakan susulan, sekali gus memperkukuh sinergi agensi agama Islam Negeri Sembilan dalam usaha memelihara kesucian akidah umat Islam negeri ini.
