Berita

Taklimat Penolong Pendaftar Nikah Cerai Dan Rujuk Daerah Rembau

Previous Next

REMBAU, 03 Mac 2020 – Pejabat Agama Islam Daerah Rembau telah mengadakan taklimat pengurusan nikah kepada Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk (PPNCR) Daerah Rembau yang telah mendapat tauliah pada 14 Februari 2020.

Seramai 8 orang yang telah ditauliahkan Oleh YTM Dato’ Lela Maharaja Dato' Haji Muhamad Sharip Haji Othman, Undang Luak Rembau termasuk Ustaz Hj Ahmad Husaini Bin Dato’ Hj Mustapa, Ketua Penolong Pengarah Undang-Undnag Keluarga, Ustaz Mohd Mahfiz Bin Mohsin Timbalan PNCR Daerah Rembau dan Ustazah Siti Rohaida Bt Majid, Timbalan PNCR Daerah Rembau.

Taklimat telah disampaikan oleh mantan Timbalan Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Daerah Rembau, Alfadhil Ustaz Abdul Baasit Bin Omar yang berkisar tentang bidang tugas, etika dan peranan sebagai Penolong Pendaftar serta wakil Pegawai Agama Islam Daerah Rembau dalam menyampaikan syiar Islam di kariah masing-masing.

PPNCR yang dilantik baru adalah daripada Masjid Kariah Astana Raja, Masjid Kariah Pedas Tengah, Masjid Kariah Titian Akar dan Masjid Kariah Kampung Rendah.

Disediakan Oleh :
Pejabat Agama Islam Daerah Rembau

Alt Text

Jalan Yam Tuan
70000 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-766 4100
Emel : korporat.jheains@ns.gov.my

Jumlah Pelawat

16765956
Today: 158
This Week: 595
This Month: 7,169

Penafian

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

DASAR PRIVASI & KESELAMATAN

Selamat Datang ke Portal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile
Multi Language [MY] | [EN]

Laporan Pendaftaran Perkhawinan, Penceraian dan Rujuk Di Negeri Sembilan Sitemap