Berita

Previous Next

USRAH AL-QAWAM : HADIS 40 IMAM NAWAWI SEBAGAI PANDUAN MELAHIRKAN WARGA KERJA BERINTEGRITI

 
 
SEREMBAN, 19 Mac 2025 – “Usrah Al-Qawam: Hadis 40 Imam Nawawi seiring dengan semangat Nuzul Al-Quran yang mengajak kita kembali kepada ajaran Islam sebagai panduan dalam kehidupan dan kerja seharian”. Itulah antara ungkapan yang dilontarkan oleh YBrs. Tuan Mohd Asri Bin Abdullah, Pengarah JHEAINS semasa Majlis Pelancaran Usrah Al-Qawam Hadis 40 Imam Nawawi yang akan dijadikan sebagai program wajib di setiap Bahagian dan Pejabat Agama Islam Daerah.
 
Beliau juga berharap agar setiap hadis di dalam buku tersebut dapat difahami dan diamalkan oleh semua warga kerja JHEAINS sebagai sokongan kepada usaha Kerajaan Negeri Sembilan dalam membentuk kakitangan yang mahir dengan tugasan di pejabat tetapi turut mempunyai integriti yang tinggi.
 
Setiap Ketua Penolong Pengarah dan Pegawai Agama Islam Daerah menerima Buku Hadis Al-Qawam terbitan Kerajaan Negeri untuk dijadikan sebagai bahan usrah wajib yang akan dijalankan di pejabat masing-masing selaras dengan Pelan Strategik JHEAINS 2025-2027 di bawah objektif melestarikan Syiar Islam.
 
Hadis pertama dari buku tersebut dibentangkan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Norazman Bin Mohamad dari Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan. Turut memeriahkan majlis kehadiran Dr. Mohd Khazri Bin Osman yang merupakan antara panel penulis buku tersebut.
Alt Text

Jalan Yam Tuan
70000 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-766 4100
Emel : korporat.jheains@ns.gov.my

Jumlah Pelawat

16765990
Today: 192
This Week: 629
This Month: 7,203

Penafian

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.

DASAR PRIVASI & KESELAMATAN

Selamat Datang ke Portal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile
Multi Language [MY] | [EN]

Laporan Pendaftaran Perkhawinan, Penceraian dan Rujuk Di Negeri Sembilan Sitemap