𝗦𝗘𝗥𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡, 22 Ogos 2026 - Seramai 23 peserta Akademi Muallaf Negeri Sembilan akan mewakili Negeri Sembilan ke Ijmak Amal Islami Muallaf (IJMAM) Peringkat Kebangsaan di Sabah, awal September ini.
Majlis Pelepasan Kontinjen ini berlangsung dengan meriah di Allson Klana Seremban malam tadi. Berkesempatan hadir meraikan kontinjen, YBrs. Tuan Amiza Khusyri bin Yusof, Ketua Penolong Pengarah Kanan yang menjalankan tugas Pengarah JHEAINS, diiringi YBrs. Dr. Yusaini bin Yusof, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JHEAINS.
